Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari membuktikan magisnya dengan meraih kemenangan sulung bersama kelab Chile, Everton de Vina del Mar.
Ini selepas pasukan itu meraih kemenangan 3-2 ke atas Nublense dalam aksi terbaru Chilean Primera Division yang berlangsung semalam.
Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Solari sebagai jurulatih Los Oro y Cielo selepas dilantik sebagai jurulatih beberapa hari yang lalu.
Everton mula menunjukkan impak segera menerusi gol pertama yang dijaringkan Chaco Martinez pada minit ke-10.
Nublense bangkit menyamakan kedudukan Bayron Andres Oyarzo Munoz pada minit ke-16. Los Oro y Cielo kembali mendahului pada minit ke-53 menerusi Rodrigo Contreras.
Bersambung pada babak kedua, Oyarzo Munoz kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Contreras memastikan Solari meraih kemenangan pertama sebagai jurulatih Everton de Vina del Mar dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-76.
“Perlawanan pertama di tempat sendiri yang berjaya buat jurulatih Esteban Andrés Solari dan barisan kejurulatihannya! Mari kita dapatkan lebih banyak lagi (kemenangan), Tano!” kata kelab dalam satu kenyataan.
Cabaran Los Oro y Cielo selepas ini ialah kelab gergasi Chile, Colo Colo. Kedua-dua pasukan bakal bersemuka pada 31 Mac ini.