Tano Solari Kongsi Perkembangan Terbaru Fernando Forestieri
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) boleh menghela nafas lega apabila penjaring terbanyak mereka, Fernando Forestieri dilaporkan bakal kembali menyertai pasukan tidak lama lagi.

Perkara ini dinyatakan secara umum oleh jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari apabila menyentuh isu kecederaan yang membelenggu pasukan ketika ini.

Selain Forestieri, penyerang Brazil, Diogo Luis Santo dan pemain perancang Argentina, Leandro Velasquez juga terpaksa disisihkan Solari akibat kecederaan.

Advertisements

Jurulatih Argentina itu berharap ketiga-tiga pemain import ini dapat memperkuatkan kembali pasukan menjelang aksi pertama Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) menentang Kawasaki Frontale.

“Satu kelebihan ialah kita boleh menggunakan seorang lagi pemain import dalam ACL. Dan kita boleh gunakan sejak dari awal lagi. Jadi, ini satu perkara yang baik kepada kita kerana kita mempunyai ramai pemain import yang berkualiti.

“Tapi kita tak tahu lagi sebab ia bergantung kepada perlawanan. Ada ramai pemain yang cedera ketika ini. Jadi, kita berharap kita dapat pulih dan membuat persediaan untuk perlawanan itu (menentang Kawasaki Frontale).

Advertisements

“Dan harapnya mereka kembali cergas dan bersama pasukan, saya fikir kita mempunyai pasukan yang kuat untuk bersaing (dalam ACL),” katanya kepada media selepas undian kumpulan ACL seperti dilaporkan Harimau Malaya.

Kehilangan trio ini amat dirasai JDT dalam saingan Liga Super. Malah, ada yang percaya ini secara tidak langsung menjelaskan mengapa Harimau Selatan mampu diikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-3 di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

Kali terakhir Forestieri diturunkan ialah dalam aksi menentang Kelantan FC pada 14 Julai lalu. Perlawanan tersebut turut menyaksikan beliau mengutip dua gol.

Advertisements

Kelibat trio ini termasuk Forestieri diharap dapat ditagih bila JDT bersemuka dengan Frontale pada 19 September ini. Bekas penyerang Sheffield Wednesday itu pastinya mahu membalas dendam selepas melihat JDT dimalukan lawan sama 5-0 dalam aksi kumpulan ACL musim lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram