Tano Solari Lihat Persembahan JDT Sempurna
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Sabah, ia bukan saja mengekalkan JDT di tampuk pendahulu liga. Malah, jurulatih mereka Esteban ‘Tano’ Solari menyifatkan persembahan yang ditampilkan Harimau Selatan sebagai sempurna.

Ini kerana walaupun Sabah mengamalkan pendekatan bertahan, pasukan pelawat berjaya dibolosi menerusi Arif Aiman (minit ke-20) dan Juan Muniz (minit ke-39). Syahmi Safari (minit ke-81) dan Fernando Forestieri (minit ke-89) menambah koleksi gol JDT pada babak kedua.

Advertisements

Semua ini menurut Tano takkan berlaku tanpa sikap yang baik bila berada di atas padang. Apabila pemain menunjukkan sikap berkenaan semasa bertahan, menyerang mahupun bila menguasai bola, ia menghasilkan semangat berpasukan yang erat dan sukar diatasi.

“Ya, bagi saya, amat penting untuk memenangi perlawanan. amat penting untuk menjaringkan gol. Tetapi yang paling penting ialah seperti yang saya katakan kepada para pemain ialah sikap yang baik bila bekerja, bertahan, menjadi pasukan yang sukar ditembusi, bermain dan menghasilkan permainan bola sepak yang menarik.

Advertisements

“Jadi saya amat gembira kerana mereka menunjukkan semangat mereka dan dalam setiap perlawanan, mereka memberi lebih (daripada apa yang kita minta). Jadi, mereka berhak meraikan kemenangan ini,” katanya kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Tano turut mengakui Sabah merupakan satu lawan yang sukar di sebalik keputusan perlawanan jelas memihak kepada JDT. Disebabkan para pemain Badak dapat bertahan dengan baik, jentera serangan Harimau Selatan terpaksa bekerja keras untuk menembusi gawang Sabah yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

“OK, perlawanan hari ini memang sukar seperti yang anda ketahui. Separuh masa kedua lebih baik tetapi separuh masa pertama, kita bergelut mendapatkan keputusan (perlawanan).

“Satu pasukan itu lebih gemar bertahan jadi ia satu cabaran yang baik kepada kita. Saya fikir kita amat bagus, pasukan ini memberi yang terbaik dengan sikap yang terpuji. Jadi, saya amat gembira dengan keputusan perlawanan hari ini kerana kita mengawal perlawanan,” tambahnya.

Advertisements

News Comments Account