Ads
Liga Super
Johor Southern Tigers

Kehebatan bintang baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi semakin terserlah termasuk dalam Perlawanan Sumbangsih semalam. Atas sebab itu juga, jurulatih JDT, Esteban Solari mahu anak buahnya itu terus berusaha mengasah bakatnya untuk sampai ke peringkat lebih tinggi.

Advertisements

Arif meraih satu bantuan gol apabila hantarannya mudah disempurnakan Bergson da Silva untuk gol kedua tuan rumah. Perlawanan Sumbangsih berakhir dengan JDT menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah menerusi kemenangan 2-0 ke atas Terengganu.

Advertisements

“Arif (Aiman) merupakan seorang pemain yang menakjubkan. Dia mempunyai bakat yang lain dari yang lain. Dia mempunyai kelajuan, dia boleh menjaringkan gol dan dia boleh mencipta bantuan gol.

Advertisements

Advertisements

“Saya fikir dia perlu bekerja keras setiap hari untuk menjadi pemain yang lebih baik kerana dia memerlukan banyak perkara untuk menjadi lebih matang.

“Jadi, kami cuba memberi semua pemain situasi sama seperti di atas padang dan ini terpakai kepada semua pemain lain, supaya dia terus matang dan mencapai tahap yang lebih tinggi daripada sekarang walaupun dia menikmati perlawanan yang hebat,” kata Solari bila ditanya Harimau Malaya berkenaan potensi Arif Aiman.

Advertisements

Selain Arif Aiman, pemain-pemain muda yang diturunkan seperti Hong Wan dan Feroz Baharudin semalam turut mendapat pujian jurulatih Argentina itu.

Advertisements

“Kami letak tanggungjawab besar kepada mereka tapi mereka memberi respon yang cukup positif dan saya sangat gembira dengan persembahan mereka dan mereka layak untuk berada dalam pasukan,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram