Advertisement
Tano Solari Terkejut Arif Aiman Sembuh Menentang Sabah
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji kerja keras yang dilakukan oleh staf perubatan JDT dalam memulihkan kecederaan dua bintang pasukan, Arif Aiman dan juga Endrick Dos Santos namun tidak menyangka mereka dapat diturunkan pada aksi semalam.

Arif dilaporkan sudah mengalami kecederaan sebelum aksi persahabatan menentang Turkmenistan manakala Endrick cedera buku lali pada babak pertama perlawanan ketika melakukan debut bersama Harimau Malaya.

Kedua-dua pemain ini dihantar pulang daripada kem kebangsaan untuk menjalani rawatan pemulihan di kelab.

Mereka bagaimanapun sempat sembuh dan diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang Sabah semalam dengan Arif berjaya meledak satu gol.

Tano sempat merakamkan pujian kepada staf perubatan JDT yang bertungkus-lumus berusaha untuk memberikan rawatan terbaik kepada para pemain.

“Ketika Arif Aiman dan Endrick mengalami kecederaan, pegawai perubatan kami bekerjasama rapat dengan skuad kebangsaaan dan langkah menyerahkan mereka untuk kami melakukan rawatan dan proses pemulihan berjalan dengan baik.”

Pengendali kelahiran Argentina ini bagaimanapun tidak menyangka bahawa mereka sempat pulih kerana mereka tidak turun berlatih bagi persiapan menentang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

“Pegawai perubatan kami melaksanakan tugas dengan baik untuk merawat kecederaan kedua-dua pemain itu dan kami menanti sehingga saat akhir kerana mereka berada dalam mood untuk bermain walaupun selepas beraksi Endrick mengadu masih terasa sakit di buku lali,” katanya kepada Arena Metro.

JDT gah mendahului carta liga selepas membenam The Rhinos dengan keputusan 4-0 dan bakal berkunjung ke Perak bagi aksi berikutnya.