Tanpa Bergson dan Forestieri, Tajamkah Serangan JDT Berdepan Sri Pahang?
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Takzim (JDT) bertandang ke Kuantan untuk pertembungan Liga Super menentang Sri Pahang, tanpa kelibat beberapa pemain utama.

Selain khidmat pemain pertahanan, Shane Lowry yang tersisih kerana patah siku, Harimau Selatan turut tidak dapat menurunkan penjaring terbanyak liga, Bergson da Silva.

Bergson yang mendahului carta penjaring dengan 25 gol, menjalani penggantungan perlawanan gara-gara kad merah yang diterima ketika menentang Kedah Darul Aman FC pada Selasa lalu.

Advertisements

Fernando Forestieri yang tidak diturunkan dalam dua perlawanan terdahulu juga belum tentu dapat beraksi kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami.  

Gandingan Bergson dan Forestieri telah menjaringkan 38 daripada 54 gol buat skuad kendalian Hector Bidoglio dalam kempen Liga Super sekaligus membuktikan betapa pentingnya kehadiran mereka di dalam memperkasa sentuhan penyudah pasukan.

Tanpa gandingan yang digelar ‘deadly-duo’ ini, cukup tajamkah serangan JDT untuk membedil Mamadou Samassa di gawang Sri Pahang pada Jumaat nanti?

Advertisements

Siapakah yang mungkin diberi tanggungjawab untuk mengepalai jentera serangan, adakah Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid atau mungkin ada pemain import dari pasukan feeder team, JDT II yang diberikan kepercayaan oleh Bidoglio?  

Pengendali dari Venezuela itu bagaimanapun kekal tenang dengan situasi semasa melanda kem pasukannya dan mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan tiga mata dapat dibawa pulang.

“Kehilangan pemain kerana kecederaan atau penggantungan perlawanan adalah perkara biasa di dalam bolasepak. Buat masa ini, Shane dan Bergson sah tersisih, manakala Forestieri pula kena tunggu laporan pegawai perubatan.

Advertisements

“Saya juga akan melihat siapa lagi yang kena kad kuning pada aksi menentang Kedah baru-baru ini dan melakukan rombakan kecil terhadap kesebelasan. Kita tidak akan mencari alasan dan akan turun dengan semangat juang yang sama bagi meneruskan rentak kemenangan.

“Memang ia tetap satu perlawanan sukar apabila beraksi di gelangang lawan, walaupun sudah mengesahkan kejuaraan tetapi kami ada misi mahu mengekalkan rekod tanpa kalah. Tentunya ia adalah motivasi terbaik untuk pemain mengharungi aksi itu nanti,” ujar Bidoglio.

Sebagai rekod, ketika pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Sri Pahang yang ketika itu masih di bawah kendalian Christophe Gamel berjaya mencuri satu mata menerusi keputusan seri 2-2, dengan JDT mendapat gol penyamaan lewat permainan melalui sepakan penalti Bergson.  

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram