“Taraf JDT Sama Seperti Kelab Eropah” – Abu Kamara
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Kuching City FC, Abu Kamara menyifatkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebagai sebuah pasukan yang setaraf dengan kelab Eropah.

Beliau berpandangan sedemikian kerana corak permainan berkualiti yang ditampilkan pasukan gergasi selatan tanah air itu tanpa mengira siapa lawan mereka.

Ini mengingatkan beliau kepada pasukan-pasukan Eropah semasa berkelana di benua berkenaan beberapa tahun sebelumnya.

Advertisements

Selain corak permainan berkualiti, JDT juga turut dibarisi ramai pemain kebangsaan dan memiliki kemudahan bertaraf dunia.

Selain JDT, Kamara juga menyifatkan Selangor FC dan Sabah FC setaraf dengan kelab-kelab di Eropah terutama dari segi corak permainan mereka.

Advertisements

“Di Malaysia, saya ada beberapa kelab yang saya sangat kagum dengan kualiti mereka yang sama tahap dengan kelab di Eropah seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Selangor FC.

“Mereka ada ramai pemain kebangsaan dan apabila kita lawan kelab seperti itu, mereka buat kita banyak berlari di atas padang dan itu yang saya suka,” katanya.

Advertisements

Dengan semua kelebihan yang dimiliki ini, tidak hairanlah mengapa Harimau Selatan berupaya menjulang Liga Super 10 kali berturut-turut.

Selain itu, ini juga membantu mereka memberi cabaran hebat di peringkat Asia terutama dalam saingan ACL musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram