Tchetche Kipre Ingin Kekal Meledak Di Liga Malaysia
Transfer
KL City FC
Advertisements

Selepas meninggalkan KL City FC, Tchetche Kipre berharap dapat terus memperaga bakat sebagai penyerang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Hasrat ini diluahkan Kipre bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fatin Ruzeiman untuk Nadi Arena hari ini.

Penyerang yang kini berusia 36 tahun itu melihat kekal di Liga M sebagai pilihan logik dengan mengambil kira faktor usia dan kebolehannya untuk beradaptasi di liga lain.

Advertisements

Atas sebab itu, beliau ingin mengambil masa untuk meneliti projek yang ditawarkan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Bila kita sudah berusia 36 tahun, kita rasa lebih mudah beraksi dengan sesetengah jurulatih. Mereka tahu cara menguruskan kita dan tahu cara kita bermain termasuk pergerakan kita dalam membina pasukan.

“Mereka akan cuba meletakkan kita dalam kedudukan yang selesa (dan) itu sangat mudah. Itu sebab saya beritahu anda keutamaan saya ialah (Liga) Malaysia kerana jika anda pergi ke liga lain atau berjumpa orang yang anda tak kenal, anda perlu ulangi (rutin).

Advertisements

“Anda perlu memahami cara mereka bermain dan pada usia sebegini, ini bukan masa sesuai untuk mencuba. Bila anda hendak pergi, anda perlu sahkan (pasukan mana yang mahu dipilih) dan Januari ialah masa sesuai untuk pasukan mendapatkan pemain yang sama,” katanya panjang lebar.

Kipre mengakui hampir selesai mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan Liga M tetapi tidak mendedahkan identiti pasukan itu.

“Dengan musim bermula lewat pada musim hadapan, masih ada masa untuk memikirkannya. Saya hampir selesai berbincang dengan pasukan yang mahu (khidmat saya),” ujarnya.

Advertisements

Kipre telah merekodkan 27 penampilan bersama The City Boys musim lepas. Tempoh tersebut menyaksikan beliau menjaringkan 11 gol dan empat bantuan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram