Tegen Butler Impi Malaysia Juarai Piala Wanita AFF
MakanBola
FA Malaysia

Pemain bola sepak wanita Malaysia, Tegen Butler mengakui ingin melihat skuad negara muncul juara Piala Wanita AFF.

Pandangan itu dibuat pemain berdarah Malaysia-Amerika Syarikat (US) berusia 18 tahun itu menjelang aksi pertama Kumpulan A menentang Laos pada 10 Julai ini.

Tegen melihat dengan status Malaysia sebagai tuan rumah, kelebihan itu patut dimanfaatkan Malayan Tigress untuk memburu pencapaian bermakna dalam kejohanan berkenaan.

“Itu satu pencapaian hebat buat kita jika kita memenangi kejohanan ini. Kita beraksi di gelanggang sendiri, kita harus menampilkan prestasi cemerlang (di hadapan penyokong),” katanya kepada Nadi Arena.

Tegen yang kini berpangkalan di US turut berharap dapat membuka akaun jaringannya bersama skuad senior Malayan Tigress.

“Saya mahu menjaringkan gol pertama bersama skuad kebangsaan. Itu sudah pasti matlamat terbesar saya. Saya harap dapat menjadi aset kepada pasukan,” tambahnya.

Anak buah Joel Cornelli akan turun menentang Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.