Bekas jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil menyifatkan tekanan semasa bersama pasukan itu sebagai sesuatu yang normal.
Pandangan itu disuarakan beliau semasa menjadi tetamu program Bola Dulu Baru Kamu baru-baru ini.
Nidzam menganggap perkara itu normal disebabkan status Selangor sebagai antara pasukan gergasi tanah air.
Beliau melihat tekanan untuk menunjukkan prestasi yang baik bukan saja dihadapi oleh jurulatih tetapi juga barisan pemain Merah Kuning.
“Kalau awak tanya saya tentang tekanan, di Selangor tekanan itu normal. Sebab di Selangor, masa berlatih pun, awak pun akan rasa tertekan,” katanya.
“Nama (Selangor) itu pun besar kan. Masa berlatih pun kena bagi 100%, ia satu tekanan yang baik sebenarnya.”
Nidzam melatih Merah Kuning dari Mac hingga Oktober 2024. Beliau membantu pasukan itu mara ke final Piala FA 2024.
Selepas beliau meninggalkan pasukan pada Oktober tahun sama, peranan ketua jurulatih Selangor digalas pengendali Jepun, Katsuhito Kinoshi.