Ten Hag Hukum Ronaldo
Dunia
The Guardian
Advertisements

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag mengakui bahawa ini bukanlah kali pertama lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ‘mencari masalah’ dengan kelab.

Bekas pengendali Ajax itu terkenal dengan ketegasan beliau mengawal pasukan terutamanya di bilik persalinan dan menuntut setiap pemainnya untuk kekal berdisiplin.

Walau bagaimanapun, keadaan di United menjadi semakin tegang apabila bintang berusia 38 tahun itu mula mencari masalah dengan Ten Hag.

Advertisements

Sebelum ini, tular berita mengenai bekas bintang Real Madrid ini meninggalkan perlawanan pada separuh masa pertama ketika berdepan Rayo Vellecano. 

Namun begitu, beliau tetap mengulangi perubuatannya itu sekali lagi apabila dikesan meninggalkan ruang perlawanan sebelum aksi tamat ketika menentang Tottenham Hotspur baru-baru ini.

Jurulatih berusia 52 tahun itu telah mengesahkan bahawa Ronaldo menolak panggilan beliau untuk masuk selaku pemain gantian dan tindakan ini tidak boleh diterima oleh pasukan.

Advertisements

Kini, beliau dikesan hadir ke pusat latihan United untuk berlatih bersama pasukan bawah 21 tahun sebagai denda yang dikenakan oleh jurulatihnya.

Malah, ini juga menjadi amaran kepada semua pemain kerana tiada seorang pun pemain yang mempunyai status yang lebih besar daripada sesebuah kelab.

Ronaldo juga disahkan tidak akan berada dalam skuad bagi pertemuan menentang Chelsea hujung minggu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram