Ten Hag Mahu Dapatkan Pesaing De Gea
Transfer
@UtdDistrict
Advertisements

Manchester United mengakhiri musim 2022-2023 dengan pencapaian tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Carabao Cup. Tetapi bagi pengurus Erik ten Hag, beliau tahu untuk United lebih berjaya musim hadapan, pasukan memerlukan seorang penjaga gol baru untuk bersaing dengan David de Gea.

Hal ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ten Hag melihat dengan adanya persaingan di bahagian penjaga gol, ini akan meningkatkan prestasi de Gea sebagai penjaga gol utama Red Devils.

“De Gea akan kekal tetapi saya tidak katakan dia akan sentiasa menjadi penjaga gol nombor saya kerana anda memerlukan persaingan. Saya katakan ini kerana di Manchester United, mesti ada persaingan,” katanya kepada akhbar The Times.

Advertisements

Sejak menyertai United pada musim 2011-2012, de Gea menjadi antara penjaga gol terbaik di dunia dan sukar dicabar sesiapa di Old Trafford. Bagaimanapun, beberapa kesilapan berprofil tinggi dalam beberapa musim termasuk musim ini menjejaskan kedudukannya.

Di sebalik semua itu, de Gea berjaya memastikan United tidak dibolosi sebanyak 17 kali musim ini sekaligus membolehkannya memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas. Menurut Romano, rundingan kontrak baru membabitkan penjaga gol Sepanyol itu berjalan lancar dan dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi.

Musim 2022-2023 menyaksikan Jack Butland dan Tom Heaton menjadi penjaga gol sokongan kepada de Gea. Tetapi dengan Heaton tamat kontrak musim ini dan Butland kembali ke Crystal Palace, Red Devils memerlukan seorang penjaga gol baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan kedua-duanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram