“Saya Masih Lihat Banyak Kesalahan” – Ten Hag Tak Mahu Permulaan Era Baharu United Terganggu
Dunia
Manchester United
Advertisements

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag masih kurang berpuas hati terhadap persembahan pasukannya sungguhpun telah membelasah musuh tradisi, Liverpool dengan keputusan 4-0.

The Red Devils turun dengan motivasi terbaik apabila terus menekan barisan pertahanan The Reds seawal minit pertama permainan.

Sungguhpun begitu, bekas pengendali Ajax itu tetap merasakan bahawa masih terdapat banyak perkara yang boleh diperbaiki dalam usaha untuk membentuk skuad yang ampuh.

Advertisements

Dalam satu temubual selepas perlawanan, beliau memuji keberanian para pemainnya untuk memberi saingan kepada Liverpool.

“Pemain saya berjuwa besar, bermain dengan sepenuh hati dan sangat berani.”

“Saya sangat gembira dengan segala kemajuan dan perubahan yang kita lakukan sepanjang dua minggu ini.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, pengendali muda ini mahu segera memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam skuadnya.

“Kami masih perlukan banyak masa. Saya melihat masih banyak kesalahan yang dilakukan dan perkara ini perlu diperbaiki dengan segera,” jelasnya dalam temubual tersebut.

Ten Hag juga mengakui terdapat banyak perkara positif yang berjaya ditampilkan oleh anak buahnya sekaligus mewujudkan satu permulaan baharu ke dalam pasukan ini.

Advertisements

United pasti mahu memulakan saingan liga dalam keadaan terbaik bagi menjamin slot ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram