Terbabit Rasuah, Barcelona Berpotensi Digantung UEFA
Eropah
Barcelona
Advertisements

Gergasi Sepanyol, Barcelona kini terbabit dengan kes rasuah melibatkan €7.3 juta dan berkemungkinan besar akan digantung oleh UEFA jika didapati bersalah.

Mahkamah telah mendakwa Barcelona atas tuduhan rasuah berhubung pembayaran yang dibuat kepada bekas naib presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil, Jose Maria Enriquez Negreira, selama 17 tahun.

Kelab tersebut didakwa telah membayar sebanyak €7.3 juta kepada syarikat milik Negreira dalam tempoh 2001 hingga 2018 namun perkara tersebut dinafikan Barcelona.

Advertisements

Menurut Sport Bible, Barcelona membelanjakan wang terbabit untuk membayar perunding luar yang membekalkan laporan teknikal berkaitan pengadilan profesional dan mendakwa itu adalah amalan biasa di kalangan kelab profesional.

Barcelona didakwa melakukan rasuah dalam bidang sukan ekoran mempunyai perjanjian sulit secara lisan dengan Negreira.

Advertisements

Negreira didakwa akan melakukan tindakan yang memihak kepada Barcelona dalam keputusan pengadilan perlawanan yang disertai Barcelona.

UEFA kini menjalankan siasatan sendiri ke atas gergasi Sepanyol itu sejak mereka didakwa pada Mac lalu namun UEFA masih membenarkan Barcelona menyertai pertandingan anjuran UEFA musim 2023/24.

Advertisements

Sekiranya Barcelona didapati bersalah atas tuduhan rasuah, UEFA bakal mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk membenarkan kelab itu bersaing dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram