Terbaru: Stadium Kanjuruhan Diarah Diruntuhkan
Dunia
Malangtoday
Advertisements

Perkembangan terbaru bola sepak Indonesia hari ini menyaksikan Stadium Kanjuruhan, Malang Indonesia diarahkan untuk dirobohkan berkuat-kuasa serta merta.

Perkara ini disahkan apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo telah pun memerintahkan agar stadium yang emnjadi saksi tragedi berdarah awal Oktober ini dirobohkan.

Menerusi pengumuman yang dibuat, Presiden itu menjelaskan bahawa keputusan untuk merobohkan stadium itu dibuat setelah mengadakan pertemuan dua mata dengan FIFA.

Advertisements

Jokowi dan bertemu dengan Presiden FIFA Gianni Infantino hari ini selama dua jam yang menyaksikan pelbagai perkara penting dibincangkan terutamanya hal bola sepak.

Keputusan untuk merobohkan stadium tersebut adalah disebabkan mereka bakal menaik taraf stadium tersebut sesuai dengan standard yang ditetapkan oleh FIFA.

“Saya ada juga menyampaikan dan penghargaan FIFA terhadap Stadium Kanjuruhan di Malang, tetapi kita akan merobohkannya.”

Advertisements

“Kita akan bina semula berpandukan standard yang ditetapkan oleh FIFA sebagai satu stadium contoh yang dilengkapkan dengan fasiliti yang bagus, dapat menjamin keselamatan pemain dan juga penonton,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Jokowi juga menjelaskan bahawa ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk mentransformasikan bola sepak Indonesia dan FIFA akan terus memantau perkembangan bola sepak di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram