Ads
UltraSukan
BA Malaysia

Hasrat peminat badminton melihat Lee Zii Jia beradu dengan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam pusingan kedua Terbuka Denmark tidak kesampaian hari ini.

Advertisements

Ini selepas bekas juara dunia perseorangan lelaki 2022 itu terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada kaki kirinya.

Advertisements

Berita ini turut disahkan oleh Badminton Denmark menerusi satu kenyataan ringkas di akaun Instagram mereka. Ini sekaligus membenarkan Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Denmark esok.

Advertisements

Advertisements

“Semoga cepat sembuh, Viggo. Malangnya, Viktor Axelsen terpaksa menarik diri dari Terbuka Denmark Victor akibat kecederaan di kaki kiri. Kami harap anda cepat sembuh dan kembali beraksi!” kata pihak pengurusan.

Zii Jia kini menunggu pemenang aksi pusingan kedua membabitkan pemain Taiwan, Chou Tien-chen dan pemain Jepun, Kenta Nishimoto.

Advertisements
Advertisements

Pemenang perlawanan tersebut bakal menjadi lawan beliau di pentas suku akhir esok. Zii Jia kini menjadi wakil negara kedua ke suku akhir selepas regu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram