Terengganu Anjur Hari Istimewa Buat Penyokong
Liga Super
DausJ/MakanBola
Advertisements

Sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong sepanjang musim 2023, Terengganu FC bakal menganjurkan Hari Penghargaan Terengganu FC 2023.

Pengumuman program ini diumumkan pengurusan Peteh menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Penganjuran Hari Penghargaan Terengganu FC 2023 bertujuan menghargai sokongan penyokong yang setia di samping kelab sepanjang musim ini.

Advertisements

Selain itu, program tersebut turut meraikan para pemain yang telah bekerja keras menaikkan nama Terengganu musim ini.

Hari Penghargaan Terengganu FC 2023 bakal berlangsung pada 17 Disember ini, hari sama perlawanan terakhir Liga Super membabitkan Sang Penyu dengan Perak FC.

Advertisements

Justeru, beberapa insentif menarik ditawarkan kepada para penyokong yang hadir pada hari itu.

Antara insentif tersebut ialah Anugerah Penyokong Paling Setia kepada dua penyokong (lelaki dan wanita). Anugerah ini bakal diberi kepada penerima semasa rehat separuh masa.

Advertisements

Lima penyokong bertuah juga berpeluang menendang bola dari tengah padang ke arah gol sebelum perlawanan bermula. Sekiranya berjaya, mereka bakal mendapat hadiah istimewa.

Penyokong juga berpeluang mendapatkan cenderamata milik Terengganu dan barisan penaja yang dibaling selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Bagi penyokong yang gemar berbelanja, mereka boleh mendapat diskaun sebanyak 20% bila berbelanja di TFC Direct dan TFC Lab.

Penyokong yang hadir pada hari itu bakal menikmati penjimatan dari segi harga tiket. Mereka hanya perlu membayar RM10 untuk tiket dewasa dengan kanak-kanak diberi kemasukan percuma.

Justeru, pengurusan skuad Penyu menyeru para penyokong agar hadir beramai-ramai ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Ahad ini bagi memeriahkan program tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram