Dunia
Instagram: @officialterengganufc
Advertisements

Keputusan Majlis Undian TM Piala Malaysia 2021 telah pun diumumkan secara rasmi sebentar tadi telah menarik perhatian para penyokong bola sepak tanah air melihat kepada kedudukan pasukan dalam empat kumpulan tersebut.

Kumpulan B antara kumpulan yang dilihat bakal menjanjikan pertembungan sengit selepas pasukan kendalian Nafuzi Zain, Terengganu FC diundi bersama pasukan gergasi Merah Kuning, Selangor FC bersama-sama pasukan Perak FC serta pasukan yang bakal mengakhiri saingan Liga Premier di tangga ketiga bakal menyertai kumpulan tersebut.

Ini disebabkan persaingan sengit antara kedua-dua pasukan tersebut dalam saingan Liga Super musim ini. Terengganu FC mengakhiri kempen cemerlang dengan berada di kedudukan keempat dalam liga sementara kekalahan 1-2 ke atas PJ City FC menyebabkan Selangor terpaksa berpuas hati di tangga kelima liga.

Advertisements

Kumpulan A juga tidak kurang hebatnya dengan pasukan di tangga ketiga liga, Penang FC yang diundi bersama-sama pasukan Kuala Lumpur FC, Sri Pahang FC dan juga pasukan di tangga kedua Liga Premier.

Sementara itu, Kedah Darul Aman FC dijangka berdepan laluan mudah sunggupun diundi bersama pasukan di tangga kelapan liga, Melaka United. Sungguhpun begitu, pasukan bimbingan Aidil Sharin tidak boleh memandang rendah keupayaan juara Liga Premier yang turut diundi dalam kumpulan tersebut.

Di samping itu, bekas juara Piala Malaysia 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memulakan kempen kali ini dengan menentang dua pasukan dari Liga Super iaitu PJ City FC dan Sabah FC. Selain itu, pasukan Liga Premier di tangga keempat bakal mengisi slot terakhir kumpulan tersebut.

Advertisements

Ini pastinya menyemarakkan lagi semangat pemain untuk membuat persediaan yang rapi untuk memberi saingan yang terbaik bagi menjuarai edisi Piala Malaysia kali ini.

Para penyokong juga pastinya sangat teruja untuk melihat aksi pasukan kesayangan mereka beraksi.

piala malaysia Pertembungan Terengganu Dan Selangor Hiasi Undian Piala Malaysia
Twitter: mfl_my
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram