Terengganu ‘Ikat’ Ubaidullah & Safwan Lebih Lama, Halang Cubaan Kelab Lembah Klang
Transfer
Haziq/MakanBola
Advertisements

Terengganu FC membuat tindakan pantas untuk mengekalkan khidmat duo pertahanan muda pasukan, Ubaidullah Shamsul dan juga Safwan Mazlan untuk dipancing kelab lain.

Menerusi satu perkongsian rasmi oleh Terengganu FC, pasukan telah membuat keputusan untuk memgekalkan khidmat tiga pemain berbakat besar dalam tempoh yang lebih lama.

Skuad Peteh berjaya memperagakan aksi cemerlang musim 2023 selepas mara ke pentas akhir Piala Malaysia dan juga beraksi konsisten di Asia.

Advertisements

“Tiga pemain muda Terengganu FC, Muhammad Safwan bin Mazlan, Muhammad Ubaidullah bin Shamsul Fazili dan juga Muhammad Syahmi bin Zamri memutuskan untuk terus kekal bersama kelab.”

“Mereka menandatangani kontrak jangka panjang untuk kekal sehingga 2026.”

Advertisements

Sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner sudah memaklumkan bahawa beliau amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain tempatan pasukan terutamanya pada bahagian pertahanan.

Pengendali kelahiran Croatia itu juga memberi kepercayaan penuh untuk 5 pemain tempatan beraksi ketika perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari.

Advertisements

Hal ini juga menghalang cubaan daripada kelab Lembah Klang untuk cuba menyambar khidmat dua pertahanan muda Terengganu ini selepas wartawan terkemuka, T. Avineshwaran sedang memantau dua pemain ini.

Barisan pemain Terengganu bakal menghadapi satu ujian besar apabila berdepan Bali United di laman sendiri dalam misi meraih tiga mata penting untuk mengakhiri perjuangan di Asia dengan reputasi yang baik.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram