Terengganu Julang Trofi Pertama Musim 2024
Persahabatan
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC membuktikan mereka mahu memberi cabaran hebat dalam musim 2024/25 dengan meraih gelaran juara Agarbomb Performance Cup 2024.

Peteh muncul juara kejohanan pra-musim itu meskipun sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu II dalam perlawanan terakhir pada 21 April lalu.

Berdasarkan rekod kejohanan, anak buah Tomislav Steinbruckner itu kekal tanpa kalah dalam tiga perlawanan.

Advertisements

Terengganu merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC pada 17 April lalu. Ini disusuli keputusan seri 1-1 dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 19 April.

Ini membolehkan skuad Peteh menamatkan kempen Agarbomb Performance Cup 2024 di tempat pertama dengan lima mata.

Sementara skuad muda Terengganu dan Kedah masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan empat mata.

Advertisements

Manakala Penang yang dibimbing bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menduduki tangga terakhir dengan tiga mata.

Skuad Peteh kini fokus untuk baki aksi pra-musim 2024/25 sebelum saingan liga membuka tirai tidak lama lagi.

Terengganu bakal berhadapan Sri Pahang FC di Temerloh pada 28 April sebelum menentang Kelantan Darul Naim FC pada 3 Mei.

Advertisements

Kedua-dua aksi ini merupakan sebahagian daripada lapan aksi pra-musim yang digunakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menguji keberkesanan sistem bantuan video pengadil (VAR).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram