Terengganu Dah Jumpa Pengganti Faisal Halim
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Selepas Faisal Halim disahkan tidak akan bersama Terengganu FC musim hadapan, pihak pengurusan Terengganu dikatakan sedang giat mencari pemain lain yang berkualiti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Faisal.

Selain Faisal, pemain import seperti Manuel Ott dan Kpah Sherman juga dikatakan akan berhijrah ke pasukan baharu musim hadapan. Ini menandakan musim hadapan akan menyaksikan Terengganu akan berwajah baharu dengan dibimbing jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner.

Ketiadaan Faisal dikatakan akan diisi oleh pemain antarabangsa Haiti yang juga merupakan pemain import Melaka United musim ini iaitu Sony Norde. Pemain berusia 33 tahun itu merupakan pemain yang beraksi di bahagian sayap kiri. Kelajuan dan skil merupakan aset terbesar pemain berpengalaman itu.

Advertisements

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Area, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di laman twitter beliau. Zulhelmi memberitahu khidmat Sony menjadi rebutan beberapa pasukan Liga Super namun Terengganu kini mendahului perlumbaan dalam mendapatkan khidmat Sony.

Sony Norde telah mempamerkan aksi terbaik beliau bersama Melaka United musim ini walaupun pasukan tersebut berdepan dengan isu tunggakan gaji. Untuk rekod, Sony telah beraksi dalam 17 perlawanan dalam kesemua pertandingan bersama Melaka. Beliau menjaringkan empat gol, menghasilkan enam bantuan gol dan mengumpul 1508 minit permainan keseluruhan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram