Ads
Terengganu Kempunan 5 Aksi Tanpa Kemenangan
Liga Super
Terengganu FC

Terengganu FC terus bergelut untuk mengakhiri kemarau kemenangan yang membelenggu pasukan itu kebelakangan ini.

Advertisements

Selepas lima perlawanan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super, Peteh merekodkan tiga keputusan seri dan dua kekalahan. Ini termasuk kekalahan 1-0 di tangan Selangor menerusi gol pantas Ronnie Fernandez.

Advertisements

Lebih perit, dua kekalahan itu dialami di stadium keramat mereka, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Selain tewas kepada Merah Kuning, Peteh turut tewas mengejut kepada wakil Kemboja, Svay Rieng dalam saingan Shopee Cup.

Advertisements
Advertisements

Bagi pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner, beliau melihat perkara ini berlaku disebabkan kesilapan mudah yang dilakukan anak buahnya.

Hal ini menyebabkan pihak lawan pantas merebut peluang untuk menjaringkan gol awal dan memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Advertisements

“Anda tahu, dalam perlawanan terakhir, kita beraksi lebih baik daripada pasukan Vietnam (Dong A Thanh Hoa). Hari ini saya kata tiada rungutan. Saya kata pihak lawan selalu menghukum kita dengan mudah.

“Saya ingat dalam tempoh 25 saat, Marin (Pilj) kehilangan bola dan mereka (Selangor) menjaringkan gol pantas. Kita terus mencuba untuk menyerang. Pada separuh masa kedua, kita mengawal hampir sebahagian kawasan padang dan Selangor bermain secara menyerang balas kerana itu normal.

“Tetapi kita masih tidak dapat menjaringkan gol. Ini betul dan kita bermain lebih baik daripada lawan kita tapi tewas. Begitu juga dalam aksi sebelumnya,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan yang disiarkan di TFC TV.

Apa yang lebih menggusarkan penyokong ialah ini kali pertama Terengganu gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan sejak musim 2016.

Musim tersebut menyaksikan Peteh bukan saja tersingkir ke saingan Liga Perdana pada akhir musim berkenaan. Malah, Terengganu turut menyaksikan pertukaran jurulatih sebanyak tiga kali.

Musim 2016 menyaksikan Peteh dilatih empat jurulatih iaitu Ahmad Yusof, Mike Mulvey, Mustaffa Kamal Abd Wahab (pengendali sementara) dan Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor.

Terengganu kembali ke saingan Liga Super apabila muncul naib juara Liga Perdana musim 2017 di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

Advertisements

Penyokong Terengganu berharap kemarau kemenangan ini dapat diakhiri menerusi aksi liga seterusnya dengan PDRM FC pada 10 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram