Terengganu Mahu Sambar Dua Pemain Croatia
Dunia
wikipedia
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mendedahkan dua pemain dari Croatia jadi buruan TFC bagi memperkuatkan jentera hadapan bagi musim 2023.

Dua pemain tersebut difahamkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang Terengganu, Kpah Sherman dan pemain tengah, Kipre Tchetche.

“Kami berhasrat untuk menawarkan tawaran kepada beberapa pemain asing… Saya sedang mencari seorang penyerang dan pemain tengah untuk menggantikan penyerang tahun ini, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Advertisements

Bukan itu sahaja, jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui bahawa Terengganu kini memerlukan pemain berstatus ASEAN untuk menggantikan pemain daripada Filipina, Manuel Ott yang dikhabarkan mahu mengikur jejak langkah Nafuzi Zain ke Kedah.

“Saya percaya kami boleh bawa dua pemain Croatia, tetapi kami masih mencari seorang lagi pemain ASEAN untuk menggantikan Manny (Manuel Ott),” katanya Tomislav dipetik daripada Bernama.

Seperti yang dikongsikan dibawah, ini adalah barisan pemain yang pernah beraksi dibawah kendalian Tomislav ini ketika beliau mengendali pasukan NK BSK Bijelo Brdo pada tahun 2019 sehingga 2021.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram