Terengganu Nafi Tandatangani Pemain Buriram United
Liga Super
Buriram United/Terengganu FC
Advertisements

Susulan khabar angin pemain pertahanan kebangsaan, Dion Cools bakal berhijrah ke Terengganu, pihak pengurusan tampil memberi jawapan tentang spekulasi yang berlaku. 

Pihak kelab telah menyatakan bahwa tiada usaha yang dibuat oleh pasukan untuk menandatangani salah seorang pemain Buriram United. 

“Berkenaan berita yang tersebar mengenai kelab ingin menandatangani salah seorang pemain Buriram United, ianya adalah tidak benar. Sekian Terima Kasih,” kenyataan pihak pengurusan Terengganu di laman sosial Instagram milik pasukan.

Advertisements

Khabar angin kuat bertiup kencang apabila baru baru ini, pengurusan Terengganu membuat lawatan kerja ke Buriram United.

Lawatan kerja itu bertujuan untuk membina hubungan dua hal antara kelab, lebih-lebih lagi  tentang pengurusan pentadbiran, pemasaran dan konsep pembangunan bola sepak yang dibuat oleh kelab.

Ketika ini, Dion Cools menghadapi musim yang cemerlang bersama Buriram United. Beliau telah membuat penampilan sebanyak 20 perlawanan dan berjaya menjaringkan 1 gol serta 1 bantuan gol. 

Advertisements

Buriram United kini berada di kedudukan teratas Thai League dengan 13 kemenangan, 7 seri dan 1 kekalahan sahaja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram