Advertising
Terengganu Perkenal Jersi Menarik Bertema Alam Sekitar
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Jersi ketiga terbaru yang dilancarkan kelab gergasi Pantai Timur, Terengganu FC mencuri tumpuan penyokong pasukan itu.

Jersi baru ini dilihat berbeza kerana jersi yang dihasilkan ALX itu bertemakan alam sekitar. Ini dilihat sebahagian daripada tanggungjawab sosial Peteh untuk menggalakkan penyokong mencintai dan menjaga alam sekitar.

Ad

Pemilihan warna hijau laut dan corak ombak pada jersi ketiga ini bukan saja bertepatan dengan tema alam sekitar yang dibawa Terengganu. Malah, warna itu juga melambangkan keindahan pantai-pantai yang ada di bumi Terengganu.

Ad

ALX turut memilih membuat perubahan pada lambang kelab yang digunakan untuk jersi ketiga Peteh. ALX memilih menggunakan singkatan perkataan TFC sebagai lambang pasukan.

Ini sama sekali berbeza dengan jersi home dan away Terengganu yang menggunakan logo perisai pasukan itu.

Ad

Sebaik video pengenalan jersi ketiga ini dimuat naik di platform media sosial rasmi Peteh, ramai penyokong memuji jersi berkenaan. Ini kerana rekaan jersi buatan ALX itu cantik dan bertepatan dengan mesej khidmat masyarakat yang dibawa Terengganu.

Ad

Antara penyokong yang teruja dengan jersi berkenaan ialah seorang pengguna Facebook bernama Zac Adzillah. Dia merasakan rekaan jersi kali ini terutama pemilihan perkataan TFC cukup berbeza tetapi menawan.

Ad

“Warna jersi cantik. Tapi yang menarik lambang (pada jersi). Ada kelainan. Pembuat jersi tak pakai logo kelab. Tapi guna nama kelab. Fon pendek macam pada jaket. Satu kolaborasi yang sangat baik dengan GPI (Geng Plastik Ija),” katanya di ruang komen Facebook Terengganu.

Seorang lagi penyokong bernama Amir Che Yaacob turut senada dengan Zac. “Padu kit jersi ketiga ini,” ujarnya.

Penyokong Terengganu yang berminat mendapatkan jersi berkenaan boleh mendapatkannya di TFC Direct pada harga RM149.

Pengenalan jersi terbaru Peteh dijangka membakar semangat pasukan itu menjelang aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia. Terengganu bakal berdepan Melaka FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 29 November ini.

Terengganu memiliki kelebihan empat gol menerusi dua gol Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Alif Zakaria.