Terengganu Rangka 4 Aksi Pra-Musim Di Thailand
MakanBola
Terengganu FC

Selepas Selangor FC, giliran Terengganu FC pula mengumumkan program pramusim di bumi Thailand.

Pengurusan Terengganu memaklumkan empat aksi pemanas badan telah diatur untuk anak buah Nafuzi Zain. Satu perlawanan ialah aksi tertutup dengan baki tiga lagi akan disiarkan di platform TFC Play.

Tiga pasukan yang bakal menguji keserasian pasukan Pantai Timur itu ialah PT Prachuap, Prime Bangkok dan kelab Hong Kong, Tai Po FC.

Peteh akan membuka kempen pramusim dengan menentang Prime Bangkok pada 2 Ogos. Selepas itu, giliran Tai Po pula menguji Terengganu pada 3 Ogos.

PT Prachuap menjadi lawan penutup pramusim Terengganu di Thailand pada 6 Ogos. Kesemua perlawanan akan berlangsung di YHA Academy, Bangkok dan bermula pada jam 5.00 petang.

Lebih menarik, penyokong juga berpeluang menikmati ulasan perlawanan oleh pengulas sukan terkemuka, Firdaus Musa. Penyokong boleh melanggan siaran tiga perlawanan tersebut dengan harga RM15 dengan mengakses pautan ini.

Terengganu dijangka menampilkan ramai muka baharu untuk program pramusim di Thailand. Antaranya dua penyerang kebangsaan, Romel Morales dan Jordan Mintah, Victor Ruiz, Danial Amier Norhisham, Habib Haroon dan Manuel Ott.