Ads
Terengganu Terima Tajaan RM1.5 Juta Daripada XFOX
Liga Super
Terengganu FC

Terengganu FC menerima suntikan semangat menjelang kempen Shopee Cup yang bermula pada Ogos ini menerusi penajaan berjumlah RM1.5 juta daripada XFOX.

Advertisements

Majlis pemeteraian penajaan ini diadakan di pejabat pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada petang semalam. Pengumuman penajaan ini turut disiarkan di platform media sosial rasmi Peteh.

Advertisements

Pengurusan Terengganu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan, Mohd Sabri Abas. Sementara XFOX pula diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Dato’ Suhaila Semaru.

Advertisements
Advertisements

Majlis turut disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah pasukan merangkap Exco Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim dan CEO XFOX, Dato’ Suraya Semaru.

XFOX merupakan syarikat berteraskan perkongsian keuntungan bersama perniagaan dan mempunyai beberapa cabang perniagaan lain seperti XFOX Steamboat & Grill, XFOX Sports Arena, XFOX Jewels, XFOX Frozen, XFOX Constuction, XFOX Wellness, XFOX Warehouse dan XFOX Coffee.

Advertisements

Menerusi perjanjian ini, XFOX menjadi penaja rasmi skuad Peteh sepanjang kempen Shopee Cup 2024/25 dengan nilai penajaan sebanyak RM1.5 juta. Logo syarikat juga akan diletakkan pada jersi pasukan itu sepanjang kempen kejohanan.

Perjanjian ini turut menyaksikan skuad Terengganu memiliki akses kepada kemudahan sukan milik XFOX iaitu XFOX Sports Arena di Subang Bestari.

Advertisements

Akses ini membolehkan pasukan yang dibimbing Tomislav Steinbruckner dapat menjalani latihan di padang-padang latihan berkualiti milik syarikat berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram