Kehadiran Nurillo Tukhtasinov dalam skuad Terengganu kini memberi aura positif apabila Terengganu mencatat rekod kebal sejak menurunkan pemain itu.
Terengganu masih belum tewas dalam semua kejohanan musim ini sejak Nurillo mengemudi bahagian tengah pasukan Sang Penyu.
Nurillo Tukhtasinov menyertai pasukan Terengganu pada awal Julai yang lalu dan pantas menjadi pemain penting buat skuad Tomislav Steinbrückner ketika ini apabila diturunkan dalam 10 perlawanan terakhir.
Dalam 5 aksi saingan liga, Terengganu mencatatkan 2 keputusan seri melawan PDRM dan Negeri Sembilan dan 3 kemenangan ke atas Kelantan United, Kelantan dan Kuching City.
Saingan Piala Malaysia pula menyaksikan Terengganu menang kedua-dua perlawanan menentang KL Rovers untuk mara ke suku akhir.
Nurillo Tukhtasinov terus mempamerkan magis beliau apabila membantu Terengganu mengalahkan Selangor 2-0 dan seri 1-1 untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 3-1.
Aksi Nurillo Tukhtasinov dalam saingan Piala AFC turut bermula baik setelah meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Central Coast Mariners tempoh hari.
Kini, Terengganu masih belum dikalahkan dalam 10 perlawanan akhir mereka dan kelibat Nurillo sentiasa ada mengemudi jentera tengah Terengganu.
Aksi cemerlang ini bakal meningkatkan lagi aura positif pasukan Terengganu ketika ini sebagai persediaan aksi bertemu Selangor sekali lagi pada Jumaat ini.