“Terima Kasih TMJ” – Diogo Luis Santo
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo meluahkan rasa gembiranya apabila terpilih untuk menyertai JDT semula selepas meninggalkan kelab itu pada musim 2021.

Selepas meninggalkan JDT pada 2021, Diogo kembali ke Liga Thailand untuk beraksi bersama kelab gergasi Thailand, BG Pathum United. Dengan kembalinya Diogo ke JDT, sudah pasti kita akan dapat menyaksikan gandingan trio berbisa dari Amerika Latin iaitu Bergson da Silva (Brazil), Fernando Forestieri (Argentina) dan Diogo (Brazil) musim 2023.

Dalam satu muatnaik di laman instagram Diogo, pemain berusia 35 tahun itu merakamkan penghargaan kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ kerana membuka pintu untuknya kembali menyertai JDT.

Advertisements

“Saya berasa sangat gembira apabila dapat kembali ke keluarga JDT, kelab yang berjuang untuk trofi, yang dahagakan kemenangan dan mempunyai mentaliti untuk menang.

“Terima kasih TMJ kerana membuka pintu untuk menerima kepulangan saya dan penyokong kelab atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka. Mari kita bekerja keras untuk mencipta pencapaian yang baru!,” luah Diogo di laman instagram beliau.

Advertisements

Musim 2022 bukanlah musim yang gemilang buat Diogo bersama BG Pathum United apabila beliau kerap disisihkan oleh jurulatih walaupun sudah cergas dan bebas daripada kecederaan. Diogo sendiri mengesahkan perkara tersebut melalui instagram story beliau pada ketika itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram