Penyerang terbaik Liga Super dengan rekod gol terbanyak untuk musim 2021 sah tinggalkan Selangor.


“Terima Kasih, Ifedayo Olusegun!”


“Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran yang lebih baik bagi musim hadapan.”

“Pemain kesayangan penyokong Selangor ini telah bersama skuad Gergasi Merah sejak tahun 2019 dan telah mempamerkan aksi yang luar biasa bersama pasukan sejak perlawanan sulung beliau.”


“Ifedayo akan sentiasa menjadi salah seorang penyerang paling berbisa yang pernah bermain bersama Selangor setelah memenangi anugerah kasut emas untuk dua musim berturut-turut dan memegang rekod penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.” Jelas Selangor FC di Facebook.

“Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada Ifedayo atas sumbangan yang telah beliau berikan kepada kelab selama ini, dan mengucapkan selamat maju jaya.”


Ifedayo dijangka memperkuat pasukan Melaka United untuk musim 2022 yang kini dikatakan menerima pelaburan besar dari pelabur baru.