Terkini: Sri Pahang Sambut Kepulangan Manuel Hidalgo
Transfer
Yeswecrann
Advertisements

Pemain sayap lincah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo kembali ke pangkuan bekas kelab, Sri Pahang FC.

Pemain berusia 24 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu pasukan Harimau Selatan menerusi satu pengumuman tempoh hari.

Beliau bagaimanapun sah meninggalkan Kedah Darul Aman selepas beraksi cemerlang musim 2023 untuk membantu pasukan menduduki tangga ke-4 Liga Super.

Advertisements

Perkhabaran terbaru menyaksikan beliau bakal menjadi tonggak terbaru yang menyertai skuad Tok Gajah untuk membawa cabaran pasukan bagi musim baharu.

Perkara ini disahkan oleh pasukan menerusi satu kenyataan media Sri Pahang hari ini.

Sejak beraksi di Liga Malaysia, nilai pasaran pemain kelahiran Argentina ini meningkat dengan cukup hebat selain menjadi antara pemain paling menyerlah dalam saingan Liga Malaysia menurut data oleh laman  Transfermarkt.

Advertisements

Nilai pasaran bekas pemain Benfica B-19 ini adalah 325 Ribu Euro (RM1.7 Juta) berbanding 250 Ribu Euro (RM1.27 Juta) pada pertengahan tahun ini.

Nilai ini juga jauh meningkat berbanding kali pertama beliau tiba dari Eropah pada tahun 2021 iaitu pada 50 Ribu Euro (RM225 Ribu) ketika beraksi buat Sheffield Wednesday B-21.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram