Aksi kelima Thai League 1 antara Bangkok United melawan BG Pathum United berakhir dengan kemenangan selesa tuan rumah 2-0.
Kedua-dua pasukan turun dengan motivasi meraih 3 mata setelah belum tewas dalam 4 perlawanan awal liga.
BG Pathum menurunkan bintang Thailand, Chanathip Songkrasin selaku perancang utama pasukan manakala Bangkok United menagih trio tengah terbaik mereka, gandingan Limwannasathian-Anan-Puangchan.
Aksi sengit ditampilkan kedua-dua belah pasukan dimana Bangkok United mencatatkan 12 percubaan manakala BG Pathum pula dengan 8 percubaan ke arah gawang gol.
Gol pertama Bangkok United hadir pada minit ke-69 permainan menerusi penyerang utama, Willen Mota.
Saat perlawanan hampir tamat, Willen sekali lagi menembusi gawang gol BG Pathum apabila menjaringkan gol pada masa tambahan.
Kedua-dua pasukan saling cuba untuk mendominasi perlawanan dimana Bangkok United merekodkan 45% penguasaan bola dan 55% untuk BG Pathum.
Tamat perlawanan, Bangkok United mengekalkan rekod tanpa tewas apabila menang 2-0 ke atas BG Pathum United.
Bangkok United kini mengumpul 13 mata dengan 3 menang dan 2 seri manakala BG Pathum pula mencatat kekalahan pertama liga dan kini mengumpul 8 mata dengan 2 menang, 2 seri dan 1 kalah.