Thai League 1: Hajat Dion Cools Julang Buriram Disekat BG Pathum
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Buriram United sekadar meraih keputusan seri ketika berdepan BG Pathum United di Stadium Leo hari ini.

Turun membariskan skuad terbaik, pengendali baharu Buriram United, Jorginho memberi kepercayaan kepada kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengemudi barisan pertahanan pasukan bersama Pansa Hemviboon dan pemain dari Korea, Kim Min Hyeok.

Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. Pasukan tuan rumah, BG Pathum ketinggalan selepas pemain tengah Buriram, Lucas Crispim meledak gol pembukaan pada minit ke-37 permainan. Beliau merembat kencang bola selepas tampanan kurang kemas pihak lawan untuk gol pertama perlawanan.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua, BG Pathum tak tunggu lama untuk gembirakan seketika hati penyokong. Giliran penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda menjaring. Bagaimanapun jaringan itu telah dibatalkan pengadil perlawanan kerana dikesan berada dalam kedudukan offside.

Teerasil Dangda akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 permainan. Pemain berusia 35 tahun itu menanduk masuk bola ke gawang pasukan pelawat.

Jaringan itu menutup aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan.

Advertisements

Aksi tamat, BG Pathum akur gagal kutip tiga mata di laman sendiri selepas seri kepada Buriram United dengan keputusan 1-1.

Dalam saingan Liga Thai ketika ini, Buriram United sedang menggunguli carta di kedudukan pertama sementara BG Pathum ditempat keempat dalam saingan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram