Thai League 1: Uthai Thani Gagal Raih Kemenangan, Kelegaan Buat Police Tero
Asia Tenggara
Uthai Thani FC
Advertisements

Hasrat Uthai Thani FC untuk menjarakkan kedudukan dengan zon penyingkiran tidak kesampaian apabila diikat oleh pasukan pelawat, Chonburi FC dalam aksi Thai League 1 sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat masing-masing demi mencapai kemenangan dengan Chonburi mempertaruhkan dua bekas penyerang Liga Super iaitu Willian Lira dan Herlison Caion.

Uthai Thani memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang sangat baik dan memaksa Chonburi lebih fokus untuk bertahan.

Advertisements

Beberapa peluang keemasan juga berjaya dicipta Uthai Thani namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Uthai Thani meneruskan momentum serangan demi mencari kemenangan dengan beberapa gerak serangan diatur.

Advertisements

Jaringan yang ditunggu-tunggu Uthai Thani akhirnya tiba pada minit ke-75 menerusi penyudah pemain import dari Azerbaijan, Jiloan Hamad.

Tersentak dengan jaringan itu, Chonburi menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan pada baki 15 minit perlawanan.

Hasrat Uthai Thani meraih kemenangan pertama selepas 6 perlawanan tidak menjadi kenyataan apabila Willian Lira meledak gol penyamaan pada minit ke-84.

Advertisements

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan satu mata berjaya diraih oleh kedua-dua pasukan. Uthai Thani kekal di tangga ke-13 dengan 21 mata manakala Chonburi di tangga ke-12 juga dengan mata yang sama.

Keputusan seri itu masih belum selamat buat Uthai Thani dan Chonburi kerana hanya dipisahkan empat mata dari zon penyingkiran dan dipisahkan hanya satu mata dengan pasukan di tangga ke-14, Police Tero.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram