fbpx

Highlight: Thailand 0-1 Malaysia – World Cup Qualifiers 2021

5,169 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Thailand yang berkongsi 9 mata dengan Malaysia melayani kunjungan Malaysia dalam satu perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Kelayakan Piala Asia 2023 di gelanggang berkecuali di United Arab Emirates (UAE).

Corbin Ong, Mohamadou Sumareh, dan Syamer Kutty tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan ini sekaligus memaksa barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Tan Cheng Hoe untuk menggunapakai pemain sedia ada seperti Azam, Syahmi dan Nazmi Faiz.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan mencipta peluang berbahaya pada separuh masa pertama.

Bersambung babak ke-2 Malaysia akhirnya memecahkan kebuntuan jaringan apabila Safawi Rasid menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-52 menjadikan keputusan 0-1.

Thailand yang tertekan untuk mencari jaringan pernyamaan membuat tiga pertukaran sekaligus.

Asakan bertali arus kedua-dua pasukan kekal hingga tamat masa perlawanan dan Malaysia membawa pulang 3 mata penuh sekaligus naik ke tangga ke-3 kumpulan G.

Malaysia dan Thailand secara meritnya sudah layak ke pusingan kalah mati untuk beraksi di Piala Asia 2023 namun kemenangan Malaysia memberikan kelebihan mengelak pasukan lebih kuat di Asia selain memberikan mata ranking FIFA sebanyak lebih 15 mata.

Highlight: Thailand 0-1 Malaysia

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram