Thomas Cup: Malaysia Catat Kemenangan Bersih Ke Atas Algeria
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Thomas Cup 2024 setelah mudah menewaskan Algeria dalam aksi di gelanggang empat.

Masih segar dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong semalam, skuad negara membuat keputusan untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Leong Jun Hao, Aaron Chia dan Goh Sze Fei.

Lee Zii Jia yang diturunkan sebagai pemain perseorangan pertama tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain Algeria, Adel Hamek 21-8, 21-6 sekaligus menyumbang mata pertama buat skuad negara.

Advertisements

Mata kedua skuad negara berjaya diraih menerusi pemain perseorangan kedua, Cheam June Wei yang kembali memperkuat pasukan selepas kali terakhir menyertai Thomas Cup pada edisi 2020.

June Wei hanya memerlukan dua set untuk menewaskan Youcef Sabri Medel dengan keputusan 21-9, 21-14 bagi menggandakan kelebihan pasukan negara.

Advertisements

Beregu muda negara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri yang melakukan debut di pentas Thomas Cup tidak berdepan kesukaran untuk menewaskan wakil Algeria, Sifeddine Larbaoui-Mohamed Abdelaziz Ouchefoun.

Pasangan negara di ranking ke-32 dunia ini beraksi garang apabila dengan mudah merakamkan kemenangan dalam aksi dua set dengan keputusan 21-8, 21-3 untuk mengesahkan kemenangan buat kem Malaysia.

Advertisements

Pemain muda negara, Justin Hoh tampil cemerlang sekali lagi selepas beraksi baik menentang Chan Yik Chak semalam dan momentum terbaik itu diteruskan pada perlawanan hari ini.

Justin berjaya menyumbangkan mata keempat buat skuad negara setelah mengatasi cabaran wakil perseorangan ketiga lawan, Mohamed Abderrahime Belarbi 21-10, 21-14.

Advertisements

Keputusan drastik yang diambil oleh barisan kejurulatihan dengan mempertaruhkan scratch pair Soh Wooi Yik-Nur Izzuddin sebagai beregu pertama tampak membuahkan hasil.

Wakil negara ini tampil cemerlang menewaskan Koceila Mammeri-Youcef Sabri Medel 21-13, 21-9 meskipun ditentang hebat oleh wakil Algeria itu pada awal permainan di kedua-dua set.

Kemenangan mudah ini sekaligus mengesahkan kemaraan skuad negara setelah mengutip enam mata hasil dua kemenangan dan aksi terakhir berdepan Denmark pada Selasa bakal menentukan kedudukan juara serta naib juara kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram