Thomas Cup: Malaysia Hilang Khidmat Ng Tze Yong
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Tamparan hebat buat pasukan badminton Malaysia menjelang kejohanan Thomas Cup 2024 apabila terpaksa melupakan khidmat Ng Tze Yong.

Ng Tze Yong yang sebelum ini tersenarai dalam 10 pemain yang bakal menggalas cabaran negara ke Thomas Cup walau bagaimanapun terpaksa disisihkan pada saat-saat akhir.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan pada Jumaat mengatakan bahawa pemain kelahiran Johor itu akan menjalani satu lagi pembedahan setelah didapati mengalami keadaan yang sangat jarang berlaku buat seorang pemain.

Advertisements

Oleh itu, Tze Yong tidak sempat pulih untuk menyertai pasukan ke China setelah menerima nasihat daripada pakar perubatan dari Institut Sukan Negara (ISN).

“Malangnya, Tze Yong mengalami keadaan yang sangat jarang berlaku selepas pembedahan yang muncul awal minggu ini,” tulis BAM dalam kenyataan tersebut.

“Selepas berunding dengan doktor ISN dan juga doktor yang membedahnya, Tze Yong kini akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk memperbaiki simptomnya dan mempercepat proses pemulihannya.”

Advertisements

“Akibatnya, Tze Yong perlu menjalani pembedahan dan telah diketepikan daripada skuad Piala Thomas.”

Tempat Tze Yong bakal diganti oleh pemain beregu negara, Choong Hon Jian yang akan dibawa terus menyertai rakan sepasukan yang lain di kem berpusat dengan serta-merta.

Skuad badminton negara kini dalam persiapan terakhir menjelang saingan Thomas Cup 2024 yang akan berlangsung di Chengdu, China bermula 28 April hingga 5 Mei hadapan.

Advertisements

Pasukan negara yang diundi di kumpulan D bakal memulakan aksi dengan berdepan Hong Kong sebelum turun menentang Algeria dan menutup saingan kumpulan dengan berdepan Denmark.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram