Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal belum menetapkan sebarang sasaran bagi ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh.
Beliau menjelaskan ketika Sesi Sidang Media Ketua Jurulatih Baru Hoki Malaysia bahawa Sarjit akan memfokuskan untuk membina sistem terbaik buat skuad kebangsaan dahulu.
”tapi dalam tu jugak, saya nak maklumkan juga, kami (MHC) tidak meletakkan sebarang KPI buat masa ini,” katanya ketika sesi sidang media tersebut.
”Hal ini kerana, apabila menjadi ketua jurulatih baharu, liga pun akan tamat dalam minggu ini, kemudin tugas beliau untuk mengenalpasti pembantu beliau. Kemudian beliau akan memilih pemain dan mencari formula yang terbaik untuk skuad kebangsaan.”
Namun, beliau mahu para peminat hoki memberikan peluang dan masa buat Sarjit agar beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
”Sebagai ketua jurulatih, beliau baru hari ini menjadi jurulatih, kalian perlulah faham, berilah beliau sedikit masa ambil pemain dahulu bagi melatih dan selepas sebulan barulah boleh tanya (mengenai sasaran lain),” tambah beliau lagi.
Pada Ahad, MHC mengumumkan pelantikan Sarjit Singh sebagai ketua jurulatih hoki negara menggantikan Arul Selvaraj yang tidak disambung kontrak selepas Kelayakan Olimpik Januari yang lalu.
Senarai pemain kebangsaan dijangka diumumkan pada 10 Mac manakala sesi latihan pertama Sarjit bersama skuad kebangsaan bakal dijalankan pada 19 Mac depan.