“Tiada Usaha Membina Hubungan & Insentif dari FAM” – Bapa Jaami Qureshi
Dunia
Advertisements

Bapa pemain kacukan Malaysia, Wales, Iraq; Perviz Qureshi mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menunjukkan usaha berterusan untuk membawa Jaami beraksi bersama pasukan Malaysia.

Sebelum ini tular bahawa Iraq FA melamar Jaami Qureshi beraksi bersama negara bergolak tersebut sekaligus menggusarkan peminat bola sepak Malaysia yang ingin melihat pemain muda ini mewakili Harimau Malaya atau sekurang-kurangnya beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun negara.

“Tiada siapapun dari FAM yang menghubungi kami melainkan Iraq yang melakukannya dengan kerap.”

Advertisements

“Jadi anda boleh memberikan pandangan anda.”

Apabila ditanya adakah FAM ada menghubunginya, bapa Jaami menjelaskan ada namun hanya pada Jun 2020.

“..hanya pada bulan Jun 2020 selepas itu sudah tiada.”

Advertisements

“.. dengan sikap FAM yang tiada sebarang usaha untuk meningkatkan hubungan (dengan Jaami) ataupun insentif, maka kami mungkin melepaskan peluang ini (mewakili Malaysia).” Jelas Perviz Qureshi kepada HarimauMalaya.

Untuk rekod, Jaami telah membuat 21 penampilan di Liga Perdana Inggeris (Bawah 18 Tahun), membuat 2 bantuan jaringan dan menjaringkan 2 jaringan buat pasukan Brighton & Hove Albion U18.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram