Tifo Perpisahan Nafuzi Zain Buat Penyokong Mengalirkan Air Mata
Dunia
Ultras Tranung
Advertisements

Umum mengetahui bahawa pengendali pasukan Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akan meninggalkan pasukan tersebut. Musim 2022 pastinya musim yang bermakna buat Terengganu selepas berjaya layak ke Piala AFC musim hadapan.

Namun pemergian Nafuzi jelas sekali merentap emosi pemain-pemain dan semua penyokong pasukan Terengganu. Untuk meluahkan penghargaan kepada Nafuzi, penyokong Terengganu telah mereka satu tifo khas yang memaparkan sosok Nafuzi yang nyata disayangi semua penyokong.

Sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua menentang Selangor semalam, para penyokong Terengganu telah bersatu hati bersama-sama menyanyikan lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan kelihatan penyerang TFC, Kpah Sherman memeluk Nafuzi dan Faisal Halim yang turut bakal meninggalkan kelab.

Advertisements

Kelihatan wajah sugul Nafuzi dan Faisal ketika lagu tersebut dinyayikan para penyokong. Nafuzi meninggalkan Terengganu dan bakal mengendalikan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim hadapan manakala Faisal Halim pula dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor.

Dengan ketiadaan dua individu penting dalam pasukan Terengganu musim hadapan, pihak pengurusan sudah mendapatkan pengganti dengan Pengarah Teknikal TFC, Tomislav Streibruckner disahkan akan mengendalikan TFC musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram