Tiga Pemain JDT Dijangka Kekal Dengan Sri Pahang?
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Sri Pahang FC berjaya menamatkan kempen Liga Super musim 2023 di tangga keempat selepas sebelum ini menduduki tangga ketujuh pada musim 2022.

Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa jasa trio pemain yang dipinjam daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq.

Dengan musim 2023 sudah berakhir, ramai penyokong Tok Gajah ingin tahu sama ada trio ini akan kekal di negeri Pahang atau tidak.

Advertisements

Mengikut data terkini Transfermarkt, ketiga-tiganya sudah kembali ke pangkuan Harimau Selatan selepas tamat tempoh pinjaman mereka.

Perkara ini turut disahkan jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad dalam sidang media pasca-perlawanan KL City FC dan Sri Pahang pada 16 Disember lalu.

Advertisements

Pada masa sama, Fandi juga tidak menolak kemungkinan menerima trio itu semula sekiranya mereka dipinjamkan ke Sri Pahang buat kali kedua musim hadapan.

Lantas, tidak hairanlah satu laporan Nadi Arena baru-baru ini menarik perhatian ramai di mana trio ini dilaporkan bakal kekal bersama Sri Pahang pada musim hadapan.

Advertisements

Tidak diketahui sama ada Izham, Azrif dan Syazwan kembali menyertai skuad Tok Gajah secara pinjaman atau perpindahan tetap.

Yang pasti, kehadiran trio ini menjadikan kubu pertahanan Sri Pahang kental apabila diserang pasukan lawan.

Advertisements

Ini dibuktikan dengan perbandingan statistik rekod bolos Tok Gajah untuk musim 2022 dan 2023. Sri Pahang tampak lebih kebal dengan hanya dibolosi 11 gol pada musim 2023 berbanding 31 gol (musim 2022).

Izham membuktikan dirinya kekal ampuh sebagai penjaga gol. Mengikut data Transfermarkt, beliau telah merekodkan lima perlawanan tanpa bolos dan hanya dibolosi 16 kali dalam 14 perlawanan Liga Super.

Sementara Syazwan dan Azrif bukan saja mampu beraksi di pelbagai posisi yang diminta Fandi. Malah, mereka berupaya menjaringkan gol dan mencipta bantuan gol.

Sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga M) 2023, Syazwan telah menjaringkan dua gol dan mencipta tiga bantuan gol. Sementara Azrif pula menyumbat satu gol dan mencipta dua bantuan gol.

Sekiranya trio ini sah bersama Sri Pahang pada musim hadapan, barisan pertahanan pasukan dari Pantai Timur itu akan menjadi lebih mantap.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram