Tiga Pengadil Malaysia Terpilih Ke Piala Asia
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Piala Asia 2023 bakal menyaksikan tiga pegawai perlawanan Malaysia hadir untuk mengadili perlawanan kejohanan itu.

Tiga pegawai berkenaan ialah pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan dua pembantu pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.

Perkara ini diumumkan FAM menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Advertisements

Mereka merupakan sebahagian daripada 74 orang pegawai perlawanan yang dilantik AFC bagi mengadili perlawanan kejohanan yang akan bermula dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Dengan pembantu pengadil video (VAR) juga akan digunakan sepanjang kejohanan, Nazmi juga berpeluang mencipta sejarah sebagai pegawai VAR pertama Malaysia di kejohanan antarabangsa.

Ini selepas beliau telah menjalani latihan sebagai pengendali VAR di Riyadh, Arab Saudi selama sembilan hari pada Ogos lalu seperti dilaporkan ASEAN Football.

Advertisements

Pengalaman sebagai pegawai VAR dalam Piala Asia 2023 mampu membantu peluang Nazmi terpilih dalam senarai pengadil yang akan ke Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram