Tiga Tunjang Utama Sri Pahang Pulih Berdepan Terengganu
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Dengan status sebagai pasukan yang masih belum tewas dalam Liga Super, jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad pastinya berharap rekod tersebut dapat dikekalkan. Dan beliau merasa lega selepas tiga tonggak utama pasukan bakal memperkuatkan pasukan selepas pulih daripada kecederaan.

Tiga tonggak tersebut ialah bek tengah Fadhli Shas, pemain tengah Kevin Ingreso dan kapten Sergio Aguero. Kehadiran tiga tonggak ini memantapkan pasukan menjelang aksi ‘derby’ Pantai Timur Terengganu menentang Sri Pahang yang berlangsung esok.

“Alhamdulillah, kita dapat mungkin dua pemain yang kembali dari kecederaan iaitu Kevin (Ingreso) dan Sergio (Aguero). Ya, Fadhli Shas pun mudah-mudahan dapat bermain juga.

Advertisements

“Itu tanda baik untuk kita sebab untuk dua perlawanan terakhir, kita main tanpa empat pemain tonggak termasuk Lucas (Silva) yang masih cedera. Tetapi persiapan kali ini harus lebih rapi dengan keadaan cuaca ini nak kena hati-hati juga takut dehydrate,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan kepada Astro Arena.

Dalam sidang media yang sama, Fandi akui merasa resah dengan kecenderungan anak-anak buahnya lambat panas dalam perlawanan. Dan ini kadang-kadang menyusahkan mereka mencari kelebihan dalam perlawanan.

“Kita harus bermain 90 minit (tetapi) kadang-kadang masalah kita ialah lambat ‘warm up’ . Kita bermain lebih baik pada (separuh) babak pertama dan babak kedua. Kita tak konsisten, itu yang saya cakap.

Advertisements

“Jadi, ini harus kita jaga. Kita harus fokus lebih dan waktu pemanasan mereka sepatutnya lebih bersedia untuk perlawanan sepenuhnya. Mereka ‘pick up’ lambat, dalam lepas 20 minit.

“Waktu menentang Kuching (City) pun, lepas 25 minit. Lepas kita buat perubahan, perubahan formasi barulah kita dapat dominasi balik di bahagian tengah,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram