Liga Super
Azri/MakanBola
Advertisements

Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 esok, sokongan padu penyokong ditagih bagi menjayakan usaha tersebut.

Advertisements

Atas sebab itu, pengurusan Harimau Selatan mengumumkan penjualan tiket untuk perlawanan Liga Super menentang PDRM FC pada Rabu ini.

JDT hanya memerlukan satu mata daripada lima perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super musim 2023.

Advertisements

Selain bergelar juara liga musim ini, Harimau Selatan juga bakal layak sebagai wakil negara ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2024-2025.

Penyokong JDT boleh mendapatkan tiket secara dalam talian dengan menekan pautan di bawah:

Advertisements

Tiket Perlawanan JDT-PDRM

Kemenangan yang diraih ke atas Sang Saka Biru bukan saja satu detik bersejarah buat pemain, staf dan penyokong JDT.

Malah, ia mampu jadi pembakar semangat buat Harimau Selatan bila turun menentang BG Pathum United dalam aksi kedua ACL pada 3 Oktober ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram