Tiket Aksi Selangor vs JDT ‘Habis Licin’
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pertemuan menarik dua jaguh bola sepak tanah air, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan tiket perlawanan telah habis dijual dua hari sebelum aksi.

Selangor menerima kunjungan juara bertahan Liga Super, JDT dengan motivasi tinggi setelah berjaya menewaskan Jeonbuk Hyundai dalam saingan AFC Champions League 2 pada Rabu.

Ad

Manakala JDT pula hadir ke Kelana Jaya dengan misi untuk bangkit dari kekalahan kepada Gwangju pada Selasa lalu sekaligus meneruskan rentak cemerlang dalam saingan liga domestik.

Ad

Oleh disebabkan status Selangor dan JDT yang merupakan dua seteru bola sepak tempatan, dimaklumkan bahawa tiket bagi menyaksikan perlawanan tumpuan ini telah pun habis terjual.

Berita ini diumumkan oleh laman media sosial Selangor FC yang memaklumkan bahawa kesemua tiket bagi menonton perlawanan ini telah habis dijual dan stadium dijangka penuh nanti.

Ad

“Habis terjual. Full house,” umum Selangor FC menerusi satu hantaran di media sosial.

Ad

”Terima kasih kepada peminat Gergasi Merah dan jumpa anda semua di Stadium MBPJ pada Ahad.”

Ad

Terdahulu, pihak Selangor memaklumkan bahawa sejumlah 700 tiket telah pun diperuntukkan untuk penyokong JDT dan telah pun diserahkan kepada kelab Harimau Selatan itu.

Aksi Selangor vs JDT bakal berlangsung pada Ahad, 26 Oktober dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 8.15 malam.