Tiket Untuk Penyokong JDT Di Thailand Dijual Pada Harga RM46
ACL
Azri/MakanBola
Advertisements

Aksi kedua ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan BG Pathum United bakal menyaksikan penyokong perlu membayar tiket berharga 350 baht (RM46).

Ini selepas The Rabbits mengumumkan tiket yang bakal dijual untuk aksi ACL menentang Harimau Selatan yang berlangsung pada 3 Oktober ini.

Bagi penyokong BG Pathum pula, mereka boleh mendapatkan tiket pada harga 200 baht (RM26) dan 280 baht (RM36).

Advertisements

Pemegang pas bermusim The Rabbits berpeluang mendapatkan tiket lebih awal secara dalam talian bermula pada jam 2.00 petang, 25 September hingga 26 September ini.

Mereka yang membeli tiket semasa tempoh ini diberi peluang memilih zon tempat duduk dan tempat duduk dalam stadium.

Advertisements

Setelah itu, jualan tiket akan dibuka kepada penyokong secara dalam talian bermula pada 27 September ini.

Penyokong JDT pula boleh mendapatkan tiket secara dalam talian bermula pada 25 September sekitar jam 2.00 petang. Mereka boleh mendapatkan tiket pada tarikh tersebut dengan menekan pautan di bawah:

Advertisements

Tiket Penyokong JDT

Kedua-dua pasukan berharap dapat bangkit daripada kekalahan yang dialami dalam perlawanan pertama Kumpulan I. BG Pathum tewas di tangan Ulsan dengan JDT pula dikecewakan Kawasaki Frontale.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram