Timor Leste Akur Arahan FIFA

Timor Leste Taiwan Timor Leste Akur Arahan FIFA
AFC
Nabil Fahmi @nabilfamy
4:54pm 16/10/2023

Skuad bola sepak kebangsaan Timor Leste akur terpaksa beraksi sebagai tuan rumah di gelanggang lawan dalam perlawanan kedua bagi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan.

Pada aksi pertama tempoh hari, Timor Leste tewas 0-4 kepada Taiwan yang mana Taiwan merupakan tuan rumah untuk aksi yang dijalankan di Stadium Kaohsiung itu. Kini untuk aksi timbal balik, Timor Leste memilih untuk beraksi di stadium yang sama.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Asean Football dalam laman X. Sebab utama Timor Leste memilih untuk beraksi di Taiwan adalah kerana stadium yang selalu digunakan pasukan Timor Leste tidak mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Sudah tentu kelebihan menjadi milik Taiwan yang akan beraksi di ‘rumah’ mereka sendiri. Tambahan pula, mereka mendahului Timor Leste dengan agregat yang besar iaitu 4-0.

Pemenang bagi aksi ini akan layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 yang mana akan diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama Malaysia, Oman dan Kyrgystan.