“Tindakan Intan Serah Tidak Boleh Diterima” – Soleen Al-Zoubi
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Tindakan Intan Serah baru-baru ini telah menerima komen daripada ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zoubi.

Beliau yang ditemui ketika majlis undian FAS Women’s Super League 2024 berkata beliau tahu Intan sudah memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan berharap Intan mempelajari sesuatu daripadanya.

”Ya, sudah tentu dia sudah meminta maaf, dia sudah belajar dari kesilapan”, kata beliau kepada media.

Advertisements

Tambah beliau lagi, dia tidak bersetuju dengan tindakan pemain berusia 25 tahun itu dan perlu bertindak tegas memandangkan Intan merupakan pemain bola sepak kebangsaan.

“Sebagai jurulatih kebangsaan, saya agak tegas mengenai hal sedemikian dan insiden ini bagi saya tidak boleh diterima”, tambah beliau.

Apa yang penting bagi Soleen ialah para pemain seharusnya dididik agar menjaga kelakuan mereka di dalam mahupun di luar padang.

Advertisements

“Akan tetapi seperti saya katakan, kita harus mendidik pemain-pemain kita”, ulas jurulatih kelahiran Jordan itu.

“Saya harap dia belajar sesuatu, bukan sahaja untuk Intan Serah tetapi untuk semua pemain belajar sesuatu.”

Beliau juga sempat menitipkan pesanan buat seluruh pemain agak bijak mengawal perasaan dan tindakan agar tidak memakan diri di kemudian hari.

Advertisements

“Hanya satu pesanan saya, jadilah profesional dan ini bukan tentang mengawal emosi, tetapi melibatkan perbuatan”, pesan Soleen kepada para pemain.

Baru-baru ini tular mengenai ciapan yang dibuat oleh pemain skuad kebangsaan, Intan Serah yang mempersoalkan keputusan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang memasukkan Romel Morales ketika aksi terakhir kumpulan Piala Asia.

Ciapan yang berbunyi agak kasar itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemain wanita negara itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram