Tindakan Syafiq Ahmad Dipuji Penyokong Kedah
Dunia
Johor Southern Tigers / FB Rosshal Fitri
Advertisements

Selesai sudah perlawanan panas Liga Super melibatkan pasukan Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam dengan menyaksikan Kedah akur tewas kepada JDT dengan keputusan 3-1.

Namun disebalik suhu perlawanan yang agak tinggi semalam, terdapat momen indah yang berjaya dirakam oleh lensa kamera penyokong Kedah. Momen tersebut melibatkan pemain JDT, Syafiq Ahmad yang juga merupakan bekas pemain Kedah.

Difahamkan, selepas tamat perlawanan, Syafiq telah memberikan tabik hormat kepada penyokong Kedah yang hadir ke Stadium Darul Aman semalam. Momen tersebut disifatkan sebagai satu penghormatan kepada semua penyokong Kedah dan rata-rata penyokong sangat mengagumi tindakan yang dibuat Syafiq itu.

Advertisements

“Salute la Syafiq Ahmad. Lepas habis game terus ke ultras Kedah kasi tabik, ni baru dikatakan tak lupa walupon bukan negeri asal,” kongsi penyokong Kedah, Rosshal Fitri di laman Facebook beliau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong terharu dengan tindakan Syafiq itu yang dilihat masih menghormati bekas majikannya.

Untuk rekod, pada awal musim ini, Syafiq Ahmad telah dipinjamkan oleh JDT ke pasukan Kedah dan difahamkan pinjaman itu adalah sehingga ke penghujung musim. Namun pada pertengahan musim, JDT telah bertindak untuk memanggil semula Syafiq daripada tempoh pinjaman.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram