Advertisement
Tindakan Tak Bermoral Mason Greenwood Bawa Padah
Eropah
MakanBola
Getafe

Pemain Manchester United yang dipinjamkan ke Getafe, Mason Greenwood baru-baru ini telah diperintahkan keluar padang dalam aksi La Liga menentang Rayo Vallecano.

Dalam perlawanan tersebut, Greenwood dilayangkan kad merah selepas dilihat membantah keputusan pengadil yang tidak meniupkan wisel atas kekasaran yang dilakukan pemain lawan.

Laporan selepas perlawanan daripada pengadil Jorge Figueroa Vazquez mendedahkan bagaimana Greenwood dibuang padang. Greenwood dikesan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan.

“Pada minit ke-50, pemain Getafe, Mason Greenwood dilayangkan kad merah atas sebab berikut: kerana bercakap dengan saya sebagai protes dan mengangkat tangan, dengan perkataan berikut: “f*** you!”.

“Setelah diusir, dia meletakkan masih membuat isyarat berulang kali sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.” jelas pengadil perlawanan dalam satu laporan.

Selain Greenwood, dua lagi pemain Getafe turut dilayangkan kad merah dalam perlawanan panas tersebut iaitu Juanmi Latasa dan Damian Suarez.

Dengan serba kekurangan, Getafe menamatkan perlawanan dengan kekalahan 0-2 kepada Rayo Vallecano. Lebih memeritkan, kekalahan tersebut berlaku di laman sendiri.

Penggantungan Greenwood adalah satu tamparan hebat buat Getafe, memandangkan prestasi terbaik yang ditunjukkannya sejak kebelakangan ini.

Greenwood akan terlepas aksi bertemu Osasuna pada 21 Januari. Getafe mungkin akan hilang khidmat Greenwood lebih lama jika Jawatankuasa Pertandingan memutuskan untuk melanjutkan larangan bermain terhadap bintang England itu.